[Back]

AVEM Membekal Sistem PA Kepada Surau At-Taqwa Pelabuhan Tanjung Pelepas

iva, pro-ud2, emix, emma-835zsmkll, empa-8500mkll, th20/tu60ml, emws-884w, fbq-1502, behringer, b205d, bosch, lbc-3210/00, lbc-3200/00, shure, microphone, ve-20, boss, alto, mixer,

AVEM bersama dengan sistem integrator, Putraz Team berjaya merelisasikan projek ini kepada penguna masjid dengan peralatan dari IVA, Emix, Bosch dan Behringer. Surau ini merupakan salah satu surau yang kita berasa agak "forward thinking" dengan adaptasi kepada teknologi moden seperti live streaming, camera PTZ dan pengunaan voice processor. Walaupun live streaming, camera dan voice processor di luar pembekalan kami, tetapi ia agak menarik untuk dikongsi. Kami akan kongsikannya pada akhir artikel ini.


Jenama Emix memang sudah terkenal di kalangan penguna surau dan masjid. Di projek ini sistem PA utama mengunakan jenama Emix. Secara amnya, mixing amplifier dan power amplifier Emix digunakan untuk speaker pada zon yang berlainan. Sebagai contoh, speaker di ruang solat utama dikendali oleh power amp EMPA-8500 MKII (AMP-2). Sebanyak 4 unit EMPA-8500 MKII digunakan untuk zon yang berlainan. Satu lagi mixing amplifier EMMA-835ZS digunakan untuk zon lain-lain. Ada juga jenama lain yang digunakan kembali kerana masih lagi elok digunakan. Signal audio datang dari pro audio mixer Alto dan dihantar ke Behringer FBQ1502HD dan DBX 166XS untuk diproses sebelum dimasukan ke power amplifier dan mixing amplifier.


Untuk monitoring di dalam bilik, Behringer B205D digunakan kerana saiz cukup kecil dan senang diletakan pada meja. PRO-UD2 ADV merupakan model terbaik dan paling stabil dari IVA digunakan sebagai wireless microphone system.




Untuk bahagian speaker pula, campuran Bosch LBC-3200/00, LBC-3210/00 dan Emix EMWS-884W digunakan dengan tujuan untuk menghasilkan bunyi terbaik untuk ruangan tersebut. Ia dipilih berdasarkan kesesuaian dengan liputan kawasan. Di bahagian luaran pula, terdapat 6 biji Emix TH20/TU60ML dipasang dan ini mendapat pujian dari pihak surau bahawa bunyi yang dihasilkan sangat memuaskan.



Surau ini meneruskan aktiviti keagamaan ketika pandemik Covid-19 dengan memindah aktiviti keagamaan ke laman maya. Menerusi PTZ camera, mereka dapat adjust dengan terperinci camera tersebut untuk fokus kepada imam yang menyampaikan mesej keagamaan. Ini juga dapat mengelakan dari keperluan satu camera crew atau satu camera stand di tapak, yang berkemungkinan akan menjejas aktiviti ketika itu. Untuk menghantar audio dari mixer ke komputer, mereka mengunakan USB Audio Interface Focusrite. Di komputer pula, mereka akan mengabungan video feed and audio feed ke software Open Broadcast Software (OBS) dan ia dihantar terus ke Facebook Live.



Bunyi pada Live Streaming agak kering jika betul betul dibandingkan dengan betul-betul live di dalam surau. Dengan penambahan BOSS VE20, voice processor ini dapat menambah reverb yang berkualiti tinggi kepada suara imam justeru ini memberikan satu efek yang realistik pada live streaming.



Ini lah senarai penuh peralatan audio untuk projek ini:
1) Alto mixer x 1
2) Boss VE-20 x 6
3) Shure dynamic Clip mic WH20XLR x 2
4) Shure SM58 mic x 2
5) Bosch LBC-3200/00 line array column x 4
6) Bosch LBC-3210/00 line array column x 4
7) Behringer B205D x 1
8) Behringer FBQ-1502 x 1
9) Emix EMWS-884W x 8
10) Emix TH20/TU60ML x 6
11) Emix EMPA-8500MKll x 4
12) Emix EMMA-835ZSMKll x 1
13) IVA PRO-UD2 AD -Universal x 1