[Back]



Peralatan yang anda perlu untuk senang mixing di software DAW

FL STUDIO, DAW, X-TOUCH, X-TOUCH COMPACT, X-TOUCH EXTENDER, X-TOUCH MINI, X-TOUCH ONE, PRO TOOLS, CUBASE, STUDIO ONE, BITWIG, ALBETON LIVE,

 

Adakah anda berasa menaip di keyboard maya lebih senang? Atau penaipan di keyboard fizikal lebih senang?
Sama juga dengan mixing audio di computer. Guna keyboard & mouse lebih senang? Atau guna fader & knob lebih senang?

Proses mengubal muzik baru bukan lah suatu proses yang senang. Sudah pasti dalam pengubalan lagu paling sukar sekali adalah proses kreatif, proses mendapatkan ilham baru dan proses mencipta rentak baru yang disukai ramai. Software DAW merupakan salah satu perkakasan yang anda gunakan untuk menyusun beat, audio dan rentak yang anda gubalkan.

Suatu lagu tidak mungkin hanya satu dua track sahaja. Kerumitan suatu lagu mungkin terdiri daripada banyak track yang digabungkan atau mixed di DAW. Apabile projek lagu bertambah rumit, hardware pulak yang menjadi masalah kepada anda. Anda mungkin menpunyai banyak track dan skrin PC anda tidak cukup besar, jadi anda upgrade ke screen lebih besar atau tambah satu lagi screen supaya ada dua skrin boleh digunakan.

Setiap track ada fader and knob tertentu untuk membuat perubahan kepada audio kepada efek yang anda ingini. Skrin PC, mouse dan keyboard bukanlah suata antara muka yang paling baik untuk membuat perubahan ini. Behringer X Touch merupakan Universal Control Surface yang membolehkan knob dan fader di DAW anda di bawa secara fizikal untuk pengunaan anda

Selain dari fungsi basic seperti volume control dan pan control, fungsi advance seperti automation, fungsi transport juga boleh dilakukan dengan X touch. Aliran kerja anda akan bertambah cepat, baik dan efisyen dengan pengunaan fizikal fader, knob dan butang

Antara DAW yang boleh digunakan dengan X Touch ini ialah Pro Tools, Cubase, Studio One, Bitwig, Albeton Live dan FL Studio. Disebabkan integrasi setiap DAW adalah berlainan, anda boleh mendapat bantuan teknikal secara mendalam di forum-forum DAW tersendiri atau melayari community.musictribe.com

Kerja pengubalan lagu memang rumit dan memakan masa. Jangan kita membuang masa lagi untuk perkara remeh seperti operasi DAW yang sukar dan tidak efektif. Gunakan Universal Control Surface X Touch untuk memudahkan kerja anda. Sensasi taktil perkakasan akan banyak membantu mempercepatkan penghasillan karya muzik anda.  Jadilah pemuzik yang bijak.

Terdapat beberapa model dalam family Behringer X-Touch. Antaranya adalah X-Touch, X-Touch Compact, X-Touch Extender, X-Touch Mini & X-Touch One.