[Back]



Peralatan Audio Norma Baharu



Kerajaan telah membenarkan kenduri kahwin and majlis social untuk beoperasi 1 Julai ini. Walaupun penjarakan social sudah tidak begitu ketat, tetapi prosedur operasi standard (SOP) mesti dipatuhi di mana majlis anda tidak boleh melebihi 5 jam dan tidak boleh melebihi 250 orang, Sudah pasti ramai telah meyesuaikan diri dalam SOP norma baharu ini, tetapi anda sebagai event management atau pembekal barangan PA sudah bersedia menghadapi cabaran baru untuk memenuhi kehendak client yang baru? Antaranya kehendak baharu dalam norma baharu ini adalah servis live streaming untuk rakan-rakan, sekutu perniagaan dan saudara mara yang tidak dapat menghadiri majlis anjuran client anda.

Di artikel ini, kami akan memberi anda 4 peralatan yang anda perlu untuk mengekal daya saing anda di norma baharu yang akan datang.


Pertama sekali, kami ingin berkongsi kepada anda yang memberi servis PA system kepada kenduri kahwin. Di norma bahuru ini, keperluan untuk live streaming video dan audio kepada yang tidak dapat menghadiri masjlis tersebut adalah amat penting. IVA Audio Pack yang terdiri daripada 3 saiz  dapat memenuhi kehendak ini. Pakej ini terdiri daripada satu power mixer dan sepasang speaker yang saiznya boleh dipilih mengikut kehendak anda. Untuk membuat live streaming, anda hanya perlu pasangkan kabel USB A ke USB A dari power mixer ini terus ke PC anda. Di PC, secara automatik driver dapat dikesan oleh OS Window atau Mac dan seterusnya boleh di terus pakai untuk audio live streaming. Tetapi, satu nasihat kepada anda supaya tidak mengunakan live terus dari Facebook atau Youtube. Sebagai professional, pengunaan software live streaming professional seperti OBS akan memberikan visual dan resolusi video yang lebih stabil dan menarik. Anda juga akan bertanya, kenapa mengunakan kabel USB dan bukan kebal analog biasa seperti 3.5mm jack? Ini kerana kualiti dari kabel USB adalah signal digital dan mutunya lebih tinggi dari kabel analog.


Peralatan kedua yang kami cadangan adalah USB Mixer. Perbezaan USB Mixer dengan cadangan pertama kami USB Power Mixer adalah Mixer tidak mempunyai power amplifier di dalam. Pengunaan mixer memerlukan power amplifer jikalau kamu mahu mengunakan speaker di lokasi fizikal anda. Untuk live streaming, cuma hubungkan PC and Mixer dengan kabel USB. Secara automatik, driver akan dikesan dan boleh terus mengunakan audio dari USB mixer untuk live streaming di Facebook dan Youtube.


Peralatan tiga yang kamu perlu tambah dalam inventori anda adalah audio interface. Jikalau anda tidak ingin membeli satu set PA system seperti yang kami huraikan tadi, cuma tambahkan audio interface dan ia boleh membawa peralatan anda yang sedia ada ke dunia online. Audio interface seperti  UCA 222 mengunakan output RCA di mixer anda dan menukarkan signal audio analog kepada signal digital untuk dihantar ke PC untuk membuat live streaming. Audio interface jenis ini seperti siri UM atau UMC pulak memberi kualiti lebih tinggi dengan fungsi tambahan seperti knob volume.


Peralatan empat yang anda boleh tambah untuk menambah baik kualiti audio untuk majlis dan juga kualiti audio di live streaming adalah digital mixer. Solusi atau peralatan ini memberi impak paling besar dari segi mutu audio jikalau dibandingkan dengan dua peralatan yang kami kongsi tadi. Kenapa? Digital mixer akan memberikan anda potensi penambah baikan mutu audio dengan fungsi-fungsi advance yang tiada di analog mixer. Antara contoh fungsi yang sangat berguna adalah seperti fungsi Gate yang mengurangkan bunyi bising persekitaran, fungsi compressor untuk menstabilkan kekuatan bunyi, fungsi parametric equalizer untuk penalaan suara yang tepat dan juga fungsi limiter untuk mengurangkan audio yang terlalu kuat sehingga bunyi pecah. Di dunia analog, kesemuan fungsi advance ini boleh didapati dengan penambahan peralatan processor analog tetapi di digital mixer, semua fungsi advance telah siap sedia ada di dalam. Ya, digital mixer tidak begitu senang untuk digunakan tapi dengan sedikit pembelajaran, pengunaannya sebenarnya adalah amat senang sekali. Apakah cadangan digital mixer kami kepada anda? Untuk yang paling mampu dimiliki, anda boleh mencuba Behringer X18 atau XR18. Kedua-dua model ini adalah berasakan kawalan dari Ipad. Jikalau anda inginkan yang lebih bagus, anda boleh fikirkan Behringer X32 Producer atau X32 Compact.

Itulah 4 cadangan kami kepada anda yang mahu menyesuaikan biznes anda di bawah norma baharu di mana permintaan dan kehendak client sudah berlainan. Client anda sudah betambah maju, bila anda nak bertambah maju lagi? Ayuh, hubungi kami untuk pembelian dan selain itu anda juga boleh mendapatkan nasihat audio dari kami.

Terima kasih untuk membaca and jumpa di artikel seterusnya.